Makluman
Adakah Kita Begini?
Tuesday, November 17, 2009
Presiden Nasrul Izad telah di-ISA-kan
Beberapa kali saya membaca satu demi satu ayat yang terkandung dalam surat terbuka Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Tak puas sekali, saya baca dua kali. Lagi dan lagi.
Untuk tidak mahu ulasan saya nanti tidak bersandarkan kepada masdar yang sahih maka saya berusaha menghubungi tuan punya badan bagi mendapatkan kepastian.
"Ya", ringkas jawapannya apabila ditanya nama dan jawatannya.
Pastinya saya berhubung dengan bukan kecil-kecil orang. Beliau adalah Pengerusi kepada sebuah gabungan front-front mahasiswa yang merangkupi Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) & Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).
"Tak!"
Inilah jawapan beliau apabila saya bertanya adakah dia berhubung terus kepada MPMKUIS berhubung perkara yang ditulisnya yang disebut sebagai surat terbuka. Respon yang diluahkan itu katanya berdasarkan kenyataan beberapa pensyarah yang beliau kenali dan laporan beberapa akhbar.
Saya petik antara isi kandungan surat beliau: "Malangnya saya berasa sedih apabila Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS, Sdr. Nasrul Izad Bin Isa dalam suatu kenyataan akhbarnya telah membuat kenyataan bahawa “beliau menegaskan bahawa MPM tidak terbabit dengan tuntutan & penyerahan memorandum itu”. Pada saya, inilah kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab oleh seorang pemimpin mahasiswa yang telah diberikan amanah & tanggungjawab. Maafkan saya teman-teman, dalam hal ini saya terpaksa mengecam tindakan Presiden MPMKUIS tersebut kerana membelakangi prioriti beliau yang sepatutnya dilihat vokal dalam menyuarakan suara & membela hak kalian. Beliau seharusnya malu dengan pengkhianatan amanah yang telah beliau lakukan itu".
Saya puji sikap beliau yang peka dan ambil tahu tentang perkembangan semasa terutamanya hal-hal mahasiswa. Sesuai benarlah dengan status beliau sebagai Pengerusi SMM.
Namun saya sedih apabila beliau membuat kenyataan tanpa bertanya dahulu kepada tuan empunya badan iaitu Presiden MPMKUIS. Akhirnya tulisan itu menghamburkan satu tuduhan, kecaman yang tidak berasas.
Saya adalah seorang yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Saya percaya beliau juga begitu. Malah ramai di luar sana yang berfikiran waras akan menolak sama sekali undang-undang rimba ini. Satu undang-undang yang menzalimi rakyat. Belum apa-apa hukuman sudah disediakan. Tertuduh tidak dipanggil untuk memberikan penjelasan atau membela diri atas sabitan yang dikenakan ke atas mereka.
Mana ada orang boleh terima undang-undang karut macam ini. Bodoh.
Sama juga dalam hal ini. Belum apa-apa Presiden Nasrul Izad dikecam kononnya beliau mengkhianati amanah. Beliau tidak dirujuk, penjelasana pun tiada. Alih-alih fitnah ini dilemparkan terhadap orang yang mewakafkan dirinya untuk mahasiswa di saat orang lain tidak begitu. Berat saudara-saudara. Mengapa kita meng'ISA'kan presiden badan tertinggi mahasiswa itu.
Ya, memang Nasrul Izad membuat kenyataan itu tapi harus diingat beliau menjelaskan bahawa beliau tidak tahu apa tuntutan dalam memorandum tersebut pada waktu itu. Maka sudah pasti kenyataan beliau berbunyi begitu sementelah itu bukan dari beliau bahkan tidak tahu sama sekali apa kandungannya.
Nasihat saya untuk mereka di luar sana, jika memang kita tidak mampu menahan diri kita dari mengulas isu ini maka apalah kiranya bertanya dahulu kepada yang ahlinya. Bimbang-bimbang niat kita yang ikhlas itu sangka kita baik rupa-rupanya membikin onar dan menyuburkan fitnah di kalangan kita.
“Saya tidak mengetahui perkara itu (cadangan Muktamar Khas) kerana masih belum membaca kenyataan tersebut. Saya akan hubungi dia (Nik Aziz) sebelum mengeluarkan kenyataan kepada media”.
Nah! Inilah kenyataan seorang pemimpin gerakan Islam, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang apabila wartawan ingin memerangkap beliau berkenaan isu panas yang dibangkitkan oleh Mursyidul Am Parti Islam. Beliau tahu jika mengulas tanpa mendapat tahu hal yang sebenarnya hanya akan mengundang fitnah yang besar. Adab dan akhlak inilah yang seharusnya kita contohi apalagi yang bergelar pemimpin mahasiswa Islam.
Hari ini politik kampus yang saya pernah harungi satu ketika dahulu kelihatannya sangat. Politik kampus hari ini menjadi sangat jijik apabila ada sebilangan politikusnya yang membawa budaya fitnah-memfitnah, keji dan maki serta cantas-mencantas.
Mereka ini berakidahkan Machiavellisme. Matlamat menghalalkan cara. Mereka jual agama, dagang saudara. Mereka menipu dalam mesyuarat dengan menjaja nama-nama murabbi. Semua ini dilakukan agar matlamat yang diimpi menjadi realiti. Sesungguhnya kebenaran itu sangat jauh dari hati-hati mereka kerana perbuatan mereka sendiri.
Ringkas sahaja analisa Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Ust. Mohd Farid Ravi Abdullah berkenaan isu baru-baru ini, "Bughoh!"
Satu yang saudara-saudara perlu tahu, bukankah Pilihan Raya Kampus hanya kira-kira sebulan sahaja lagi? Sendiri fahamlah.
1 Response to "Presiden Nasrul Izad telah di-ISA-kan"
Perperangan yang diakhiri siapa yang menang..Perdamaian itu lebih baik dpd terus bermusuh..
Leave A Reply