Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Friday, November 6, 2009

SIAPA YANG PERLU SEDAR?

Posted on 5:33 PM by Penganalisis Minda

Gerakan Mahasiswa Sedar sudah cukup membusukkan nama pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan gerakan yang tidak mencerminkan sebarang bentuk peribadi seorang muslim, lebih mengecewakan lagi apabila ianya dikatakan di ketuai oleh PELAJAR daripada AKADEMI ISLAM.

Sengaja untuk penulis tidak menggelarkan MAHASISWA kerana perilaku tersebut langsung tidak mencerminkan budaya seorang mahasiswa.

Sungguh memalukan seluruh warga Akademi Islam, apatah lagi penulis merupakan bekas mahasiswa di akademi tersebut yang dahulunya dikenali sebagai Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam.

Bukan salah KUIS kerana menukarkan nama Fakulti itu kepada Akademi, hilangnya perkataan PERADABAN tidak membawa sebarang perbezaan bentuk dan isi pengajian. Entahlah di mana silapnya, ADAB itu gagal dibentuk kerana segelintirnya hanya mahukan segulung sijil hutang PTPTN tanpa niat langsung untuk mendapat lebih dari itu.

Mengharapkan redha daripada Allah Taala? Bagaimana dengan berkat seorang guru?

Ya benar semua ilmu di dunia ini adalah ilmu Allah, tetapi jangan lupa perantaranya adalah para guru, mengapa begitu biadap terhadap guru-guru, tidak perlulah mempertikaikan sumber gaji mereka, terdapat beratus-ratus pensyarah yang mahir selok-belok Ilmu Agama Islam di KUIS, jika benar sumbernya tidak halal mereka yang akan tanggung di akhirat. Ilmu mereka jauh lebih tinggi daripada pelajar sekalian.

Demonstrasi bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah, ia hanya menimbulkan fitnah yang lebih besar lagi, kepada KUIS, Para Pensyarah, Pelajarnya juga tidak terkecuali. Di mana profesionalisme pelajar sekalian?

Sebarang ketidakpuasan hati sepatutnya disuarakan secara berhikmah dan mengikut prosedur, mulakan dengan perbincangan, diikuti dengan memorandum bantahan, demonstrasi merupakan jalan yang terakhir. Namun begitu, usaha untuk tidak menggunakan cara yang ketiga ini perlu agar tiada sebarang suasana pengajian yang tidak menyenangkan timbul di KUIS dan apa yang penting adalah pastikan pegawai yang berurusan adalah pegawai yang berkaitan. Jika selama ini hanya berbincang dengan kakak yang jaga kaunter di pejabat bendahari? Sampai kiamat belum tentu harga yuran akan turun.

Baik, jika pelajar mengatakan demonstrasi adalah jalan yang terbaik. Cuba lihat sekarang! Apakah hasil yang dapat di perolehi dari tindakan melulu tersebut? Sudah turun atau tidak harga yuran pelajar?

Berfikirlah menggunakan akal fikiran yang waras, jangan terlalu mengikut telunjuk hati dan nafsu yang tidak bijaksana dalam tindakan. Penulis yakin, Gerakan ini telah dipengaruhi oleh seseorang individu yang mempunyai kepentingan peribadi dan mungkin kepentingan yang lain.

Penulis kenal benar selok-belok politik di Kampus Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Janganlah memalukan diri sendiri hanya kerana desakan tertentu, jadilah Mahasiswa yang bijak dalam mencaturkan pengajian dan kehidupan. Pilihan ditangan anda.

MAHASISWA atau PELAJAR?


#Kesan yang sebaliknya (sumber dari Mdm Hajja Jazhany)

1. Menjatuhkan reputasi pelajar KUIS kerana semua pelajar praktikal KUIS di 'REJECT' oleh syarikat berkaitan serta merta kerana dianggap sukakan pemberontakkan.

2. Memutar belitkan fakta dan fatwa dengan mendakwa tugu air pancut dikatakan berhala.

3. Memandang rendah pendapat pensyarah.

4. Perbandingan yang tidak masuk akal kerana membandingkan yuran KUIS dengan IPT Awam yang mendapat subsidi kerajaan.

9 Response to "SIAPA YANG PERLU SEDAR?"

.
gravatar
handsfreeshoppe Says....

demonstrasi ada karena karena suara kami tak cukup di dengar, dan hanya di jadikan bahan gelak saat musyawarah. kami hanya butuh jawaban...

.
gravatar
fikri - akheci Says....

suarakan hati nurani,,jangan pernah takut menghadapi kedzaliman..mahaiswa itu aktif creatif. mahasisawa adalah generasi penerus.yang dinamis..yang diam bukan mahasiswa...hanya mampu melihat kedzaliman.dengan senyuman inikah mahasiswa.??
jangan pernah tengok hasil..tengok lah proses yang menjadikan mahasiswa jadi yang terbaik...ok

.
gravatar
handsfreeshoppe Says....

dengan kerendahan hati, aku hanya menyampaikan aspirasi. jangan pertanyakan layak atau tidak. demonstrasi bukan budaya, tapi adalah cara untuk menyampaikan ketika aspirasi kami hanya menumpuk di meja rektor. jauh sebelum demonstrasi hari jum'at itu ada, sebenarnya GMS telah memberi warning kepada seluruh line manager untuk mendengar dan merespon mereka. tapi apa yang mereka buat? mereka tetap diam. tak nak jawab. dan akhirnya GMS benar-benar turun dan mengumpulkan mahasiswa sebanyak mungkin.
tujuan orasi adalah jalan terakhir untuk menyampaikan aspirasi yang tak sampai.

gunakan mata untuk melihat
telinga untuk mendengar
kemudian rasakan dengan ketulusan hati.
after that baru saudara boleh berargumen.

.
gravatar
pencintakebenaran Says....

pengurusan tak dengar atau anda yang degil...meminta sesuatu yg ada...kalau tak ada mcm mana nak bagi, apakah jika sesuatu yg kita minta mesti dapat....kalau tak dapat orang yg kita minta tu perlu disalahkan....meminta pun kena tgk hak...apa hak anda menuntut penurunan yuran...hak anda untuk membayar yuran..adakah yuran sudah habis di bayar...tolong sedar...wahai mahasiswa yang kononnya sedar..adakah suara anda mewakili majoriti....kuis ade 6000 pelajar yang berdemo cuma paling ramai 200....apa nasib pelajar lain..siapa yang bagi hak anda mewakili pelajar...kuis keseluruhannya...cuba anda renung hak ini....jgn cuba mewakil kan diri sendiri...masa depan orang GMS nak corak ke ?

http://mahasiswa-kuis-kisdar.blogspot.com

.
gravatar
nory izecson Says....

setuju dgn ohbulanbintang..sbnrnya student yg join demonstrasi tu pn dipaksa n kebayakannya adalah student2 baru yg jahil n mudah dipengaruhi..ade ke patut xbg org pegi kelas hanya semata-mata utk join demostrasi!melampau betul!

.
gravatar
Muhammad Hanafi Bin Sulaiman Says....

statement ke 4 dgn ke 5 tuh....
bukan setiap permintaan mesti dapat, tp kami mahukan jawapan...

tiada yg dipaksa dalam demonstrasi ini, mereka hadir atas kesedaran mereka. yg xnak pergi xpayah la..ape nak bising??

soal majoriti??perlukah majoriti utk kesedaran??
kalau nak ikot majoriti, zaman Islam mula berkembang, adakah majoriti org arab itu Islam??

Perjuangan mereka berasas... Pertikaian boleh d lakukan oleh org yg tidak dapat menilai...

Hanya duduk berpangku tgn, generasi berpangku tgn inilah yg tidak akan hiraukan saudara2 lain mereka,.... bukan menuduh, itu lah realiti..

soal d reject utk prktkl, ini mungkin propaganda pengurusan utk membuatkan mahasiswa lain bencikan gerakan ini.... Mustahil dengan kenyataan mereka, semua permohonan praktikal d tolak... Nampak ade unsur penipuan di situ...

Jangan lah cepat melatah...

.
gravatar
mimk Says....

matlamatnya bagus..tp pendekatannya agak salah..lihat dan kajilah sesuatu prkara dgn sebetul2nya sblm kamu bertindak terus.sepatutnya sbgi mahasiswa..kita lbh profesional.blh brfikir dgn matang.tahu membezakan yg mana baik dn yg mana buruknya.pada saya dgn berdemonstrasi yg bercampur lelaki dn prempuan,terjerit2 tdk kira yg tudung labuh atau tdk.itu hanyalah memalukan diri sndri.dgn menyatakan org itu salah.org ini salah.itu kereta haram.pensyarah itu mkn duit haram.itu bknlah pendekatn yg btol.bahkn kmu hya mengundang dosa dn fitnah yg lbh besar.terkadang2 saya jd hairan sbnrnya..kamu yg mahu blajar d kuis.tetapi kemudiannya mengamuk kerna yurannya mahal.kenapa tdk belajar ditempat lain?kn lbh mudah,blh fokus pda pengajian tnpa perlu terjerit2 meminta yuran kmu dturunkn.sya melihat gms ini sebagai satu gabungan yg lebih ke arah syok sndri.menjerit2 meminta yuran turun kemudian mengaku diri berani.kamilah pembela mahasiswa.kmilah org2 yg hak.yg hak pasti menang kununnya.sedarlah wahai sahabat2ku.jgn hanya memalukan dri kmu sndri.tidak sedar dlm salah.tidak tahu bhawa kmu itu tdk tahu.jahil yg bertingkat.jahil murakab.kmu tidak dipaksa utk belajar dcni.kmu yg pilih dn dlukn kita telah berikrar utk menjaga nama baik kuis itu sndri.makanya kmu telah melanggar ikrar.satu jalan yg mudah saya sarnkn utk kmu ialah.masuklah ke ipta lain.maka mereka ada subsidi kerajaan dn yuran mereka lbh murah.atau kelayakan kamu tdk melayakkan kamu??mka yuran yg mahal ini adalah balasan atas diri kmu sndri sebenarnya.knapa tak belajar bgs2 dlu.dpt scholarship.x yah png nk byar yuran atau terjerit minta yuran dturunkan.mujur ada kuis memberi peluang kmu belajar.soalnya..sedarkah kmu atau tidak sedar..
matlamat sebenarnya tidak menghalalkan cara.

.
gravatar
forever love Says....

khas untuk Muhammad Hanafi Bin Sulaiman..

weyh..sedarlah sikit..TIMBALAN DEKAN FPM yang cakap student diowg yg direject..xkan la pensyrah sendiri nk musnahkan masa depan student diowg..xkan xde otak kot nk pikir benda2 cmni..benda simple je..kalo ko nk taw la..cube ko tny result owg2 ats GMS tue..setakat nie yg ak dgr..salah sowg dr diowg tue..bekas student UMS..ketua pendemostrasi kat UMS..da kucar kacir kn UMS..dtg KUIS..nk hancurkan KUIS..yg sowg lg tue..hutang KUIS nk dekat rm10,000.KUIS da bg peuang kedua..xmasuk final exam.sedar la woi..ko min join je..tp taw x latar belakang diowg tue..??

.
gravatar
Anonymous Says....

hari tu aku jmpa memo di depan pintu bilik ketua jabatan islamic banking, dalam memo tu puan hazlina kata buat masa skrg ni xada ld student yg kna reject, kalau ade pelajar yg ada kna reject sila laporkan kpd puan hazlina, klau x silap hmpir 50% pelajar yg blm memohon utk praktikal, 20% dlm proses, klau x silap la,, then dlm memo tu kata kalau xda pelajar yg dtg kt puan hazlina disebabkan pmhnan praktikal diorg kna reject, berita tu di anggap khabar angin,, sampai skrg xda lg org yg dtg jmpa puan hazlina,, semua ni provokasi murahan oleh pihak yg x bertanggungjawab,,

Leave A Reply