Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Saturday, February 28, 2009

Islamic Hijri Calendar

Demonstrasi pelajar-pelajar kui$- Maaf masih di peringkat amatur

PPSMI: Surat Terbuka kepada Tun Mahathir

Kepada Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad. Salam sejahtera dan semoga sihat sahaja. Saya menulis surat kepada Tun kerana ada banyak hal yang kita perlu muhasabahkan bersama.
Justify Full
Sebagai umat Islam yang mengaku menjadi umat Muhammad s.a.w, kita mestilah sentiasa memperbaharui taubat.

Saya menyeru diri saya sendiri termasuk Tun dan kepimpinan Melayu Umno dulu, kini dan selama untuk sama-sama bermuhasabah mengenai sejauhmanakah kita telah berusaha memperbaiki taraf hidup Melayu, Muslim dan bangsa Malaysia seluruhnya.

Mutakhir ini, kita melihat keadaan yang membimbangkan. Khir Toyo mula menyerang Elizabeth Wong dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Saya dapat menghidu semua ini. Selepas kes Eli, maka gambar mereka berdua disiarkan di Agenda Daily. Memang tepat.. Khir Toyo akhirnya menyerang Khalid pula.

Rakyat tahu bahawa saat menjelangnya Perhimpunan Agung Umno, Khir Toyo cuba menonjolkan dirinya sebagai ‘bakal’ Ketua Pemuda dengan cara menunjukkan kejaguhan beliau menghentam parti lawan.

Walhal, apa salahnya mengorbankan lembu-lembu untuk rakyat. Beliau mengelak daripada memandu kereta rasmi, sebaliknya menggunakan kereta sendiri. Apa salahnya menggunakan peruntukan itu untuk ‘maintenance’ kereta peribadinya sendiri?

Kalau watak Khir soleh dan warak sangat, tanya semula anak-anak Selangor di Al-Azhar dan Timur Tengah yang terpaksa mengikat perut kerana sukar mendapat peruntukan wang zakat. Banyak betul kalau kita mahu bahaskan hal-hal hipokrit manusia yang bergelar pemimpin ini.

Rakyat tahu, pemimpin Umno rasa cemburu dan iri hati dengan kemenangan Pakatan Rakyat. Hal ini terpaksalah diakui oleh Khir sendiri. Siapa suruh beliau menghadiahkan penyapu kepada salah seorang kakitangan bawahannya?

Wanita-wanita yang teraniaya

Sejarah menunjukkan, sesiapa yang menganiayai wanita-wanita di dalam sesebuah negeri, maka kerajaan mereka bakal diterbalikkan oleh Tuhan.

Kita sama-sama anak Kedah. Langkawi bukan asing kepada kita. Pulau itu pernah ditimpa musibah akibat menghukum Mahsuri tanpa proses keadilan yang benar-benar telus. Sebelum meninggal dunia, Mahsuri bersumpah: “Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan!”

Doa orang yang teraniaya, khasnya wanita itu jangan kita buat main. Tidak lama sesudah itu, Langkawi diserang dan dilanggar dengan kejamnya.

Anak perempuan Sang Rajuna Tapa dibunuh sultan tanpa diteliti dosa-dosanya, isteri Laksamana Bentan Megat Seri Rama dibunuh cuma kerana mengidam buah nangka raja. Semua ini contoh-contoh klasik.

Bagaimana pula dengan contoh-contoh moderen dan pasca-moderen berhubung kaum wanita yang terbunuh tanpa keadilan ini?

Wanita berdoa menggunakan hati dan perasaan. Kaum Adam menggunakan pemikiran. Sebab itulah doa kaum wanita lebih mudah dimakbulkan Tuhan. Marilah kita lihat dan bermuhasabah, sudah berapa ramaikah wanita-wanita yang terbunuh di dalam negara kita mutakhir ini.

Kita mungkin terlupa nama Mustakizah. Contoh popular ialah Altantuya of Mongolia. Tunggulah azab Tuhan. Najib masih belum menerima pembalasan.

Tapi, mereka ini semuanya dilantik dan terangkat ketika tuan menjadi Perdana Menteri. Tun juga mesti bertanggungjawab termasuk rakyat yang mengangkat Najib melalui undi-undi mereka.

Keadilan sukar ditegakkan bagi kes-kes ini. Mereka sedang ghairah di puncak kekuasaan. Jadi, sebelum kita menyeru anak-anak didik kita bermuhasabah, marilah kita bermuhasabah mengenai hal-hal yang sedikit ringan. Apa kata Tun, untuk kali yang pertamanya, kita berbicara mengenai isu PPSMI ini?

Menjadi amalan khalifah terdahulu, mereka kerap bermuhasabah. Tapi, dalam realiti sekarang akhbar-akhbar boleh juga menjadi saluran, sumber peringatan kepada sang pemimpin untuk kembali membetulkan kesilapan mereka.

Hari kematian Tun makin hampir

Tiada siapa yang dapat menduga ajal seseorang. Mungkin Tun akan meninggal dunia esok, lusa, minggu ini, minggu depan, bulan ini atau bulan depan. Kita tidak tahu bilakah maut datang menjemput.

Dan, saya juga risau, jika usia muda saya direnggut sekarang, maka tidak sempatlah saya sampaikan peringatan kepada tuan berhubung maksud kehadiran surat ini.

Maka, sebelum terlambat.. Saya rasa perlulah saya menyampaikan peringatan kepada Tun berhubung isu-isu yang pernah Tun lakukan sepanjang pemerintahan sebelum ini.

Kalau mahu disentuh semua, tentulah panjang berjela. Maka, saya memilih satu perkara sahaja yang rasanya perlulah Tun lakukan sebelum Tun meninggal dunia.

Hal itu berkaitan dengan PPSMI. Umum diketahui bahawa Tun adalah pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini. Jadi, saya dan rakan-rakan amat berharap supaya Tun dapat segera betulkan hal ini melalui kenyataan-kenyataan Tun. Jangan sampai murid-murid dan guru-guru sekolah kita menderita dengan sebab PPSMI ini.

Roh Tun di alam barzakh kelak akan terseksa dengan sebab PPSMI ini. Dasar ini telah banyak memenatkan mereka. Pada era penjajahan, sememangnya keseluruhan murid-murid pada zaman itu terpaksa belajar dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Sebenarnya, mereka pun bermasalah dengan matapelajaran mereka itu. Tapi, apabila ditinjau semula, kita masih boleh menerima keadaan tersebut kerana kita belum merdeka sepenuhnya.

Kini.. selepas merdeka, kebanyakan guru, murid-murid dan setiap anggota masyarakat kita tidak dapat menerima dasar tersebut. Dasar ini telah menyusahkan mereka. Di sini, kalau Tun enggan membantah PPSMI, maka padah akan menimpa roh Tun kelak setelah kematian Tun nanti.

Setiap kali mereka merungut dengan sebab kesusahan ini, maka roh Tun akan terseksa mendengar kutukan dan kecaman mereka ke atas Tun. Sekurang-kurangnya, Tun perlu mengeluarkan kenyataan membantah PPSMI ini. Tiada salahnya..

Kenapa dahulu, Tun boleh keluarkan kenyataan bahawa AUKU sudah tidak lagi diperlukan, dan sekarang tidak boleh keluarkan pandangan membantah PPSMI? Sedangkan kedua-duanya; AUKU dan PPSMI adalah produk dasar yang diperkenalkan melalui gagasan Tun.

Usia Tun sudah lanjut dan hampir menuju ke alam barzakh. Banyak betul yang perlu Tun perbetulkan segera. Saya dan rakan-rakan cuma meminta agar Tun dapat berikan kenyataan kepada kerajaan supaya PPSMI itu ditarik balik pelaksanaannya.

Itu saja. Kami tidak minta lebih-lebih. Sementara waktu yang masih tersisa ini, manfaatkanlah segala waktu dengan membanyakkan muhasabah.

Umno berjiwa Inggeris?

Arakian.. baru-baru ini, saya membeli buku Memoir Shamsiah Fakeh. Termuat di dalamnya beberapa pandangan berhubung perbezaan antara Umno dan PKMM.

Menarik juga sesekali diselak jendela pemikiran watak-watak Melayu berhaluan kiri. Pandangan beliau mengenai Umno adalah seperti berikut:-

Sewaktu aku berada di Kampung Gemuruh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, aku sering ikut dalam pertemuan yang dianjurkan oleh Umno iaitu kependekan dari bahasa Inggeris, United Malaya National Organization.

Sebenarnya dalam bahasa Melayunya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau singkatannya Pekembar, tetapi pertubuhan ini lebih suka memakai nama Umno. Seterusnya, nama Umno saja yang digunakan sehingga sekarang.

Tun.. Nampak kelihatan jelas di sini bagaimana Shamsiah Fakeh tidak senang dengan sikap Umno yang mengenepikan nama pertubuhan Pekembar, bahasa Melayunya sendiri. Pemakaian nama Umno itu sendiri menunjukkan bagaimana Umno terjajah dengan mudahnya daripada sudut pemikiran mereka.

Oh ya Tun..sekarang jam 10:15 malam. Kebetulan ketika sedang menaip kepada Tun ini, mesin faks di tepi saya sedang mencetak surat cabaran daripada Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub kepada Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Saya catit sedikit kenyataan yang tertera di dalam surat tersebut..

“Saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini mengemukakan cabaran untuk berdebat dengan YB Dato’ Seri sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

“Saya menyerahkan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai kepada pihak YB Dato’ Seri dan mencadangkan supaya ianya disiarkan secara langsung di mana-mana saluran televisyen untuk membolehkan rakyat mengadilinya.

“Saya berharap YB Dato’ Seri dapat memberikan jawapan dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini.”

Tamat isi surat. Tapi, menurut Tun, adakah Hishammuddin itu boleh berdebat? Saya tidak fikir beliau berani. Seorang ahli remaja Putera Umno pernah memberitahu saya tentang sikap Hishammuddin ketika beraksi di atas pentas sebelum berucap dalam Perhimpunan Agung Umno dahulu.

“Dato’ Hishammuddin upah budak-budak untuk tepuk tangan kepadanya ketika dia mahu naik ke pentas untuk berucap,” kata ahli Putera Umno tersebut.

Bermakna, Dato’ Hishammuddin sendiri sedar bahawa beliau tiada sokongan akar-umbi ke atas dirinya sendiri, sehinggakan beliau terpaksa ‘mengupah’ orang-orang tertentu untuk bertepuk tangan apabila dia sedang berucap.

Sebab itu, saya yakin bahawa cabaran Salahuddin Ayub yang baru saya taip kepada Tun ini tidak akan disambut oleh Hishammuddin. Saya lebih yakin kepada Tun untuk mempertahan PPSMI itu sendiri. Tun mungkin tidak lari.

Sebaliknya, Hishammuddin akan mencari helah nanti. Kalau tak percaya, tengoklah selepas ini. Bukannya mudah Kumpulan Prihatin mahu menyusun pertemuan dengan Hishammuddin.

“Pembantu Hishammuddin akan selalu cakap bahawa jadual menteri tu dah penuh,” kata seorang penggiat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). “Jadi, kami tak dapat ruang untuk turut berbincang dengan Hishammuddin berhubung isu PPSMI ini.”

Kemudian, apabila GMP mengajak orang-ramai pakat-pakat turun ke jalan raya, Hishammuddin, Naina Merican GPMS dan juak-juaknya mula menyusun ayat-ayat klise, “Kenapa harus turun ke jalanan. Marilah berbincang secara elok-elok.”

Apa Tun rasa kalau Tun berada di tempat saya? Memang mulut dan hati saya jadi jahat dan panas baran tatkala mendengar perkataan seumpama ini. Nak maki, mencarut pun ada.

Tapi, itulah ujian dan dugaan dalam perjuangan ini. Saya memang panas baran. Mamalialah katakan. Lagi pun saya orang muda yang memang disifatkan sebagai ‘angry young man’; (tetapi sedikit berjiwa romantis).

Saya yakin Hishammuddin akan mengelak pertembungan dengan Salahuddin Ayub. Sehingga surat ini ditulis, saya tidak tahu adakah Tun mahu bermuhasabah terhadap keburukan PPSMI atau masih lagi mahu memperjuang dasar tersebut.

Jika Tun mahu menebus kesilapan, maka saya syor Tun menggantikan tempat Salahuddin dan betulkan semula Hishammuddin (itu pun kalau Hishammuddin berani sahut cabaran Salahuddin).

Tapi, jika Tun tetap tegar pendirian dalam mempertahan PPSMI, maka saya ada syor lain pula.

Antara ramai-ramai Menteri Pelajaran Umno, selain Tun dan Hishammuddin, Tun Abdul Rahman Yaakob adalah sosok yang begitu istiqamah menentang PPSMI.

Jadi, jika debat antara Hishammuddin dan Salahuddin itu terbatal, tertangguh atau ditunda, maka ruang kekosongan itu mungkin boleh diisikan dengan debat antara Tun dengan Tun Abdul Rahman Yaakob. Ini berlaku jika Tun masih lagi tegar mempertahan PPSMI.

Soalan cepu saya kepada Tun, beranikah Tun berdebat dengan Tun Abdul Rahman Yaakob berhubung isu PPSMI itu?

Sekian Tun.. Tun buatlah keputusan dengan bijaksana dan penuh waspada. Jika Tun insaf dengan kesilapan Tun dalam memperkenal PPSMI, maka saya minta Tun dapat menasihati Abdullah Ahmad Badawi, Hishammuddin dan kelompok mereka agar segera memansuhkan PPSMI itu.

Tapi, jika Tun masih tegar dengan pendirian Tun, bahawa PPSMI ini suatu tindakan yang sah, betul dan wajar, maka saya mencabar Tun berdebat dengan mantan Menteri Pelajaran, Tun Abdul Rahman Yaakob sebelum menjelangnya kematian Tun, sebelum ajal datang menyambar maut.

Kalau Tun bijaksana dalam bermuhasabah, bermula hari Tun membaca surat ini, maka hendaklah Tun melakukan solat sunat istikharah, memohon petunjuk kepada Allah untuk mendapatkan petunjuk yang tepat tentang bagaimana yang seharusnya Tun lakukan selepas ini.

Saya berwasiat begini, kerana usia dan hayat tempoh Tun akan berakhir tidak lama lagi. Mungkin juga hayat dan tempoh hayat saya juga tak panjang. Soalnya, yang paling penting.. adakah kita bersedia bertemu Tuhan di Padang Mahsyar kelak untuk bersoal jawab dengan Tuhan berhubung isu PPSMI ini?

Malam ini juga, di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, telah berhimpun segala pimpinan Pakatan Rakyat dalam meratibkan jiwa sengsara rakyat dalam isu PPSMI ini. Dan mereka telah berusaha keras untuk memansuhkan PPSMI.

Harap Tun membuat keputusan dengan bijaksana sebelum ajal Tun menjelang tiba tidak berapa lama lagi.

Syahadan.. Tun, berjuanglah bersama kami.. Mansuhkan PPSMI!

ALI BUKHARI AMIR
10:57 p.m, 23 Februari
Sekolah Pemikiran Kg Baru

*Syor, kritikan dan maklumbalas boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo. co
____________ _________ _________ _________ _________ _

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
www.saifullahzulkif li.blogspot. com

Ibrah Khalifah Makmun dengan Pengkritiknya

Saya tergerak hati untuk menjenguk ruangan Group KUIS di laman sosial, Friendster. Terharu dengan keprihatinan mahasiswa terhadap perkembangan yang berlaku di kampus. Itu menunjukkan mahasiswa sudah maju beberapa tapak dalam beberapa aspek.

Tetapi seperti biasa, individu-individu yang keras dan lantang bersuara hanya sekadar baling batu sembunyi tangan. Moga kekurangan yang disengajakan ini diperbaiki dan ditambahbaik pada masa akan datang.

:: Selanjutnya ::

Ibrah Khalifah Makmun dengan Pengkritiknya

Saya tergerak hati untuk menjenguk ruangan Group KUIS di laman sosial, Friendster. Terharu dengan keprihatinan mahasiswa terhadap perkembangan yang berlaku di kampus. Itu menunjukkan mahasiswa sudah maju beberapa tapak dalam beberapa aspek.

Tetapi seperti biasa, individu-individu yang keras dan lantang bersuara hanya sekadar baling batu sembunyi tangan. Moga kekurangan yang disengajakan ini diperbaiki dan ditambahbaik pada masa akan datang.

Kerana dalam masa pihak yang bertanggungjawab ingin menghulurkan tangan mengajak berbincang semeja demi kemaslahatan mahasiswa seluruh, pihak yang tegang tetap beralasan tidak. Budaya primitif seperti ini seharusnya tiada dalam kamus kehidupan seorang yang bergelar mahasiswa.

Teringat saya kisah Khalifah Makmun, seorang khalifah yang terkenal dengan beberapa tindakan baginda yang zalim dan melanggar batas syarak namun jasa terbesarnya ialah baginda mengasaskan Baitul Hikmah, sebuah institusi penterjemahan dan pengkayaan ilmu-ilmu yang pertama di dunia pada ketika. Perhatikan tatkala baginda berdepan dengan pengkritiknya.

Khatib-khatib Jumaat hampir di seluruh Bandar Basrah menyampaikan khutbah dengan menyebut nama baginda dan mengkritik keras dan kasar keburukan-keburukannya. Khutbah ini didengari sendiri oleh baginda.

Perkara ini berlanjutan beberapa lama. Akhirnya Khalifah Makmun mengambil keputusan untuk bertemu pengkritiknya dan berkata: "Agaknya siapakah yang lebih baik, tuan khatib atau Nabi Musa as?"

"Sudah tentu Nabi Musa as lebih baik daripada saya. Tuan tentu sedia maklum", jawab si khatib.

"Betul, betul", kata Khalifah Makmun. Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa pula yang lebih jahat, saya atau Firaun?"

Si Khatib terdiam. Kemudian dia menjawab, "Pada pendapat saya Firaun lebih jahat daripada tuan".

Khalifah Makmun pun berkata, "Maaf tuan khatib. Seingat saya, Firaun itu amat jahat orangnya. Dia mengaku dirinya Tuhan. Dia merebus Masyitah dengan anaknya hidup-hidup. Dia kejam kepada pengikut Nabi Musa. Tetapi Allah tetap memerintahkan Nabi Musa bercakap dengan lembut kepada Firaun".

Tuan Khatib hanya mendengar kata-kata Khalifah Makmun.

Kemudian baginda berkata lagi, "Tolong bacakan ayat al-Quran yang menyebut arahan itu?"

Tuan Khatib tergagap-gagap membacakan firman Allah:

"Wahai Musa dan Harun, berikanlah kepada Firaun nasihat-nasihat yang baik dengan bahasa yang halus, mudah-mudahan dia ingat dan berasa takut (kepada Allah)" [Surah Taaha:44]

"Sekarang apakah saya boleh minta tuan khatib menegur saya dengan bahsa yang lebih bersopan kerana tuan tidak sebaik Nabi Musa, manakala saya tidak sejahat Firaun", kata Khalifah Makmun.

"Atau barangkali tuan mempunyai Al-Quran lain yang di dalamnya tidak ada ayat 44, surah Taaha?" tambah baginda.

Harap dapat memahami apa yang mesej yang ingin saya sampaikan.

Saya sangat yakin bahawa kepemimpinan mahasiswa terutamanya MPMKUIS adalah sangat mengharapkan teguran, peringatan dan kritikan daripada warga kampus. Namun soalnya di sini, bagaimana teguran itu disampaikan dan apa nada yang digunapakai.

Saya masih percaya jika terdapat kesilapan pada Kabinet MPMKUIS, kesilapan itu tidak seteruk kesilapan Khalifah Makmun apalagi Firaun. Dana jika pengkritik-pengkritik tegar ini bagus, kebagusan kalian tidaklah sebagus Imam Hasan Al-Banna apalagi Nabi Musa dan Nabi Harun.

Carilah titik pertemuan antara keduanya. Usahakan pertemuan dan perbincangan secara terus. Itu lebih menjauhkan kamu dari fitnah dan buruk sangka.

Semoga kesilapan kita ini tidak berulang kembali. Ya Allah...aku percaya semua yang berbicara ini mahukan kebaikan, kebenaran dan keadilan. Maka dengan niat yang sangat tulus dan murni ini, ampunkanlah keterlanjuran kami.

Friday, February 27, 2009

Institusi Pengajian Tahfiz ; Releven Atau Tidak

Islam mewajibkan pemeluknya supaya menjadi umat yang terpelajar, jumlah orang yang berpendidikan harus meningkat dan jumlah orang yang tidak berpendidikan mestilah berkurangan. Namun perlu diketahui dasar-dasar ajaran Islam diambil daripada Al-Quran yang penuh dengan hikmah dan dari sunnah Rasulullah SAW, semua itu mengandungi pengertian-pengertian intelektual,metode-metode yang tinggi dan tatacara kehidupan yang baik.

Baru-baru ini penulis ada menerima SMS daripada sahabat meminta pendapat. Adakah dianggap kolot apabila menghantar anak-anak meneruskan pengajian dalam bidang Tahfiz? Penulis tersentak sejenak. Sebab perkara ini bukan baru bagi penulis. Ketika mana menuntut di Maahad dulu, memang ramai ibubapa yang mengeluarkan anak mereka daripada institusi tersebut. Mungkin jika kita menyebut pengajian tahfiz, sudah pastinya mentaliti kita akan hanya terfokus pada istilah “pengajian pondok”. Benar, lahirnya institusi tahfiz diperingkat bawah bermula daripada usaha-usaha para mu’alim yang merasakan ia perlu diteruskan.

Setahu penulis, institusi ini bermula dengan era bersistemkan pondok. Dan ia juga tidak bersangkut paut dengan aliran akademik yang telah digariskan oleh pihak sekolah. UPSR, PMR malah SPM juga tidak disediakan. Hanya mengaji pondok tahfiz semata-mata. Jika disebut pengajian pondok tentulah tidak lari daripada istilah mengaji kitab kuning(kitab lama). Memang tidak disangkal lagi ibubapa sentiasa mahukan anak mereka diberi pendidikan dengan sempurna. Jika kita melihat peredaran zaman sekarang, peluang pekerjaan lebih terarah kepada bidang yang berkaitan sains contohnya. Dan ada juga ibubapa menganggap kerjaya “orang-orang al-hafiz” tidak akan berkembang dan hanya terhenti di situ sahaja.

Seperti yang kita sedia maklum, sekarang pengajian tahfiz mempunyai dua peringkat. Iaitu diperingkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Bagi peringkat menengah, kini kerajaan sudah menyediakan sekolah tahfiz di bawah pihak kementerian. Tetapi setakat ini penulis tidak mengetahui di manakah sekolah tersebut. Tetapi sekolah penulis memang di bawah kementerian jadi system kurikulum dan kokurikulum sentiasa terjaga. Diperingkat menengah tidak dinafikan masih banyak institusi pengajian al-quran (swasta) ditubuhkan. Namun ibubapa yang berminat menghantar anak mereka perlu menilai dengan bijak institusi manakah yang harus ditujui.

Sekiranya tidak berminat menghantar anak di peringkat menengah, ibubapa masih lagi mempunyai pilihan untuk ke peringkat pengajian tinggi. Kini pengajian Tahfiz Al-Quran bertaraf diploma sudah diperkenalkan di Malaysia. Pengajian yang bertaraf diploma hanya disediakan di Darul Quran, Maahad Tahfiz Negeri (ada juga membuat kerjasama dengan IPTS seperti KUIN, MARSAH Johor dan lain-lain lagi) dan Kolej Universiti Islam Selangor. Namun melepasi sesi temuduga adalah menjadi perkara pokok dalam mengambil jurusan ini,

Usah risau, ia masih diperakukan oleh pihak MQA dan badan-badan bertanggungjawab. Namun secara tidak langsung dakwaan sesetengah ibubapa menganggap bidang ini tiada masa depan boleh disangkal. Ilmu ini ibarat kehidupan bagi manusia. Agama Islam tidak akan memperoleh tempat yang mantap kecuali dengan dalam kalangan manusia yang berilmu. Allah SWT telah berfirman yang membawa maksud :

" (Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi peringatan dan diberi nasihat dengannya dan suapaya mereka mengetahui (dengan hujah-hujah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf."

(14 :52)

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya……..

Thursday, February 26, 2009

Masjid Itu Hidupku

Justify FullHati bagai berbisik sayu teringatkan Masjid Al-Azhar. Nadi kehidupan di KUIS. Masjid yang menjadi tumpuan seluruh warga Bandar Seri Putra dan Bandar Bukit Mahkota untuk mendirikan Solat Jumaat apalagi masyarakat kampus.

Rindu.

Ya, itulah kalimah yang tepat untuk menggambarkan perasaan yang memenuhi sudut hati ini. Apalagi tempat berdiam sekarang di Seri Kembangan tiada masjid. Hati seakan meronta bila terbaca sabda Rasulullah saw yang berbunyi,


"Sesungguhnya masjid itu adalah rumah bagi setiap orang yang bertaqwa, dan barangsiapa yang merasakan masjid itu adalah rumahnya, Allah menjaminya mendapat rahmat dan ketenangan, serta melintasi titian sirat menuju keredhaan Allah di dalam Syurga"


Hadith riwayat at-Tabrani ini menyemarakkan lagi rasa cinta dan rindu kepada rumah Allah. Lihat sahaja bagaimana kehidupan orang-orang yang sentiasa mendampingi masjid. Bukankah rumah Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersebelahan Masjid Rusila, dan Maahad Darul Quran Marang? Bukankah juga rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetentang dengan Masjid Pulau Melaka dan Maahad Darul Anuar? Sesungguhnya sabda baginda Nabi saw telah mengiyakan siapakah mereka ini. Mereka inilah orang yang mengaimarahkan rumah Allah dengan majlis ilmu dan mengajak orang lain turut mengimarahkannya walaupun mereka sibuk dengan jadual yang sangat padat dalam memimpin gerakan Islam di Malaysia.

Di KUIS, 'budak masjid' (gelaran yang membawa maksud individu yang suka mengimarahkan masjid sama ada solat, majlis-majlisnya atau beriktikaf) adalah salah satu indikator dalam mahasiswa memilih pemimpin. Sebab itu apabila Pilihan Raya Kampus (PRK) kebanyakkan yang menang adalah 'budak masjid'. Yang lucunya, bila PRK maka ramai pula 'muka-muka' baru mengimarahkan masjid. Calon-calonlah siapa lagi.

Tapi mahasiswa tahu kenal mana kaca mana permata. Sesungguhnya benda yang dibuat-buat memang tidak boleh disembunyikan. Ia tetap jelas kelihatan. Habis PRK, habislah tempoh 'imarah kempen' masjid.

Namun beberapa tahun kebelakangan ini, seakan indikator ini sudah tidak digunakan lagi. Sayanglah kalau pemimpin yang diangkat adalah orang yang jauh dengan masjid. Firman Allah swt:

"Bahawasanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan mereka yang mendirikan solat, menunaikan zakat serta tidak takut kepada apa pun melainkan Allah, maka semoga mereka itulah orang yang akan tergolong dalam kalangan orang yang mendapat hidayah"


Dengan memakmurkan masjid, Allah akan membersihkan hati kita dengan mengurniakan hakikat iman, kelazatan mendirikan solat dan keseronokan mengeluarkan zakat serta sifat hanya takut kepada Allah. Tidak takut apa-apa melainkan Allah.

Jika seorang mahasiswa, maka mahasiswa sepeti inilah yang kita dambakan. Jika seorang pemimpin, maka pemimpin seperti inilah yang kita cari.

Kerana apa? Kerana dihujung ayat itu Allah menjanjikan hidayah. Sesuatu yang sangat mahal dan bernilai.

Dalam menempuh kehidupan kita tidak dapat lari dari keperluan kepada hidayah iaitu petunjuk. Semestinya petunjuk Allahlah yang maha benar.

Alangkah tenang kita membuat keputusan dengan bantuan hidayah Allah. Alangkah seronoknya kita bertindak berpandukan hidayah Allah. Segala-galanya berpaut kepada Allah semata-mata.

Hanya orang yang suka memakmurkan masjid sahaja yang tahu betapa gelisahnya mereka apabila terpisah dari masjid.

Ada yang sinis berkata, "Budak masjid bukan semuanya baik. Bagus-bagus"

Memang pun. Namun bukankah tindakan mereka memakmur dan mengimarahkan masjid Allah adalah satu tindakan mencari kebaikan. Dari tidak baik kepada yang baik. Mereka menagih janji Allah sebenarnya yang mereka tahu bahawa Allah sekali-kali tidak akan memungkiri janjinya.

Hidayah itulah yang mereka cari. Saya pun begitu. Kita tahu hanya dengan hidayah Allah kita akan menjadi baik dan termasuk dalam golongan yang mendapat pertolongan Allah.

Lihat sahaja bapa saudara Nabi saw, Abu Talib. Menangis baginda Rasul saw apabila Abu Talib mati dalam keadaan tidak mendapat hidayah Allah.

Sahabat-sahabatku,

Imarahkanlah masjid. Makmurkanlah masjid. Jika mahu dirimu hidup dalam hidayah Allah, cintailah masjid. Bukan hanya sekadar melafaz. Jadilah ia rumah kita. Jangan sampai pasar malam yang jauh kita nampak dan sampai, masjid di depan kediaman dibutakan saja.

Sahabat-sahabatku,

Jika kita hanya mahu kita hidup dalam hidayah Allah, jelasnya kita tamak. Ajaklah orang di sekelilingmu bersama-sama mengimarahkannya. Agar bukan hanya kita yang diberi hidayah, mereka juga turut menikmatinya.

Kerja nak seru orang supaya memakmurkan masjid adalah kerja bersama. Baik MPMKUIS, Persatuan Mahasiswa Fakulti, Lajnah dan ALAM. Perumpamaan kegemilangan itu adalah sebuah kota dan masjid adalah gerbangnya. Mahu KUIS gemilang dan terbilang, Masjid Al-Azhar adalah kuncinya.

Kunci sudah di tangan....!

http://arrazzialhafiz.blogspot.com/

Cerpen: Tuan Presiden.



Cerpen: Tuan Presiden.


Pengarang: Amir Hamzah Akal Ali.


POP-bang-bom, bunyi itu menggegarkan.


Muhammad terdengar bunyi itu, tetapi kereta tuannya terbakar marak sekarang. Kelihatan di hujung jalan yang kelam, dalam gelap malam yang masih ada lampu jalan seorang bertopeng melarikan diri dengan sebuah motokar memecut laju.


Muhammad cepat-cepat hafal nombor plat yang kereta yang memecut laju. Muhammad berlari ke kereta tuannya yang marak terbakar. Tuannya ditembak bertubi-tubi di seluruh abdomen. Muhammad tarik tuannya sekuat hati. Firasat Muhammad, kereta akan meletup sekejap lagi.


Muhammad pikul tuannya kemudian lari laju-laju. Kereta meletup dan berbunyi dush. Bersepai kereta itu musnah. Segala fail-fail tentang jenayah yang dilakukan organisasi sekular hilang begitu sahaja.


Orang ramai berkerumun. Muhammad menjerit menangis. Seorang dua datang memeluk Muhammad. Minta Muhammad bersabar. Muhammad menangis dan terus menangis. Siren bomba diadun dengan siren kereta peronda polis kedengaran di telinga Muhammad. Muhammad lihat tuannya yang sudah tidak bernafas sekali lagi, Muhammad pengsan.


Beberapa tahun dahulu, seorang pemuda yang jujur buat pertama kalinya baru tiba ke kotaraya. Di dalam sesak-sesak susuk tubuh orang ramai, keluar suara seorang perempuan yang menjerit. Ada seorang lelaki baru melarikan tas tangannya. Pemuda yang baru tiba ke kota itu seperti harimau kumbang yang lincah lagaknya. Tidak sampai 60 saat, lelaki yang mencuri tas tangan itu dijatuhkan setelah berjaya dijejaki oleh Muhammad, pemuda yang baru tiba di kota.


Dan suara seorang perempuan yang menjerit itu adalah milik pembantu perempuan tuan kepada Muhammad yang baharu terbunuh.


“Saya kena gantikan kuliyah Tuan Presiden saya, yang mati terbunuh oleh ekstremis sekular?”


Pemuda-pemudi di luar kediaman mengangguk. Muhammad baharu bangun tidur. Tidurnya agak lama. Malam tadi, Muhammad menjadi naqib ganti kepada usrah Tuan Presidennya.


“Baik. Lagipun saya tiada pilihan bukan?”


Pemuda-pemudi di hadapan Muhammad serius-serius belaka. Kesemua mereka tidak menggeleng. Satu jam kemudian, mereka berjumpa di masjid. Selepas azan Subuh, solat Subuh secara berjamaah, Muhammad berkuliyah.


“Tuan Presiden bukanlah seorang yang biasa. Tuan Presiden bukanlah seorang raja atau Sultan yang tidak memperdulikan orang-orang bawahan. Tuan Presiden bukan juga sorang mafia Cuba yang membela pengawal-pengawalnya untuk menganiaya jiwa-jiwa manusia lain. Tidak, bukan itu. Tuan Presiden bukanlah Lim Guan Eng. Bukan juga Margaret Thatcher atau Ghandi, atau Lincoln…”


“Habis, siapa Tuan Presiden?” Seorang ahli jamaah yang tidak memakai kopiah mencelah, tidak sabar dengan lambat-lambat Muhammad.


Muhammad tenang sahaja sambil memandang wajah lelaki itu.


“Tuan Presiden menyeru kita kepada Allah. Tidak ada sesuatu perkara pun yang berlaku di atas muka bumi ini melainkan semuanya berada di dalam pengetahuan Allah, hatta seekor semut berkulit hitam yang berjalan di atas batu yang hitam legam, di waktu malam yang kelam pun, Allah tetap tahu. Nah, itulah Tuan Presiden yang saya kenal, yang mengajar saya makna tauhid.”


Esok, esok dan esoknya.


“Apa? Saya? Kalian sudah gila? Kalian sudah tak ada orang lainkah?”


Suara Muhammad agak keras petang ini. Tetamu-tetamu yang datang mengunjungi, membikin Muhammad sakit hati. Suara Muhammad dikeraskan lagi, sambil tangan menghentak-hentakkan meja, “apa yang kamu semua buat sebelum ini, hingga Tuan Presiden kamu mati pun, seorang pun tak boleh gantikan dia, dan, dan saya yang cuma seorang pemandu cabuk pula yang terpaksa menggantikan Tuan Presiden, kamu?” Muhammad menuding jari ke salah seorang tetamu.


Seorang tetamu yang bertopi hat mengecilkan matanya tanda tidak suka kepada kata-kata Muhammad, apa Tuan Presiden kamu itu, bukan Tuan Presiden kamukah?


Seorang lagi tetamu yang bertali leher yang kelihatan agak budiman berbicara, maafkan kami Tuan Muhammad. Kami cuma nampak Tuan Muhammad sahaja yang layak menggantikan Tuan Presiden yang baru pergi. Tuan Muhammad ada lebih keserasian dan jalinan yang lebih kukuh dengan Tuan Presiden… Kami…”


Tetamu yang bertopi hat meletakkan jari telunjuknya di bibir lelaki yang bertali leher seraya berkata,


“Pertama, tiada maaf bagimu kerana tiada sesiapa pun yang bersalah di dalam perkara ini. Kedua, kamu Muhammad, cuma perlu pikul tanggungjawab, itu sahaja. Ketiga, kamu dipilih oleh kami, Muhammad.”


Muhammad berasa geram, harga maruahnya selaku tuan rumah dan orang yang diminta beramanah seakan diinjak-injak. Lalu Muhammad berkata, conversation it’s over sambil membuka pintu keluar mempersilakan tetamu-tetamu dari Front Islam keluar. Tetamu yang bertali leher keluar dan memarahi tetamu yang bertopi hat di luar rumah dengan suara yang kuat. Muhammad yang menutup pintu cuma melepaskan keluhan berbunyi oh dengan berat.


“Aku tak sesuai untuk semua ini, ya Allah.” Muhammad mengaduh perlahan.


Malam berganti malam berganti malam berganti malam.

Siang berganti siang berganti siang berganti siang.


Bunyi diketuk empat kali kemudian bunyi pintu dibuka. Mereka cari tuan lagi, kata pembantu perempuan bekas Tuan Presiden yang berumur tua.


Boleh kau tolong aku? Muhammad bertanya tanpa mengelipkan mata. Pembantu perempuan bekas Tuan Presiden yang berumur tua mengelipkan mata tiga kali. Boleh, jawab pembantu perempuan bekas Tuan Presiden yang berumur tua.


Apa tolongnya?


Muhammad melancong ke Taman Hijau Negara yang terletak beratus-ratus kilometer jauhnya dari kediaman Tuan Presiden yang telah lama dibunuh. Pembantu perempuan bekas Tuan Presiden yang berumur tua berkata seperti yang diminta kata oleh Muhammad.


“Muhammad, orang yang kamu semua nak buat temujanji itu telah mengemaskan beg dan telah pergi dari sini.”

Pembantu perempuan Tuan Presiden yang berumur tua bercakap benar.


“Kau jujur.” Kata tetamu yang bertopi hat yang pernah mengunjungi kediaman ini tidak berapa lama dahulu.


Pintu dikatup.


“Mereka sudah datang dan bertanya tentang Tuan. Ya, Tuan boleh bergerak sekarang ke Pulau Wilayah Utara.”


Jeng-je-jeng, rupa-rupanya tetamu yang bertopi hat dan tetamu bertali leher yang pernah mengunjungi Muhammad dahulu masih belum beredar sepenuhnya. Mereka merakamkan perbualan telefon pembantu perempuan bekas Tuan Presiden yang berumur tua di dalam van mereka yang dilengkapi alat perakam yang begitu canggih dan sofistikated.


Muhammad bersiar-siar di Pulau Wilayah Utara selepas seharian beriktikaf di Masjid Terapung, sebuah masjid yang terkenal di Pulau Wilayah Utara. Puluhan ribu wang kertas rakyat digunakan untuk membuat masjid ini, tetapi masjid tetap kekal lengang.


Muhammad perasan dia diekori. Muhammad cepat-cepat berjalan dengan baju batiknya. Penjual-penjual barangan cenderamata menjerit-jerit. Muhammad tidak hiraukan. Muhammad menyusup di tengah-tengah kekelambutan orang ramai. Muhammad ternampak sebatang jalan di hujung sebuah lorong yang agak panjang. Tiba-tiba di hadapan Muhammad, tetamu bertali leher yang pernah mengunjungi Muhammad dahulu berdiri tidak jauh dari hadapan Muhammad, menghalang jalan Muhammad.


Muhammad mahu merempuh sahaja tetapi tetamu bertali leher yang pernah mengunjungi Muhammad itu mengisyaratkan Muhammad supaya melihat belakang Muhammad, atas Muhammad dan tepi Muhammad.


Muhammad pandang semua jihat yang ditunjukkan. Rupa-rupanya sekumpulan orang-orang yang berkot hitam telah bersedia dari segenap penjuru untuk menembak Muhammad. Muhammad merasa bingung, terkurung dan terkepung,


“apa yang kau nak?” Muhammad menentang mata tetamu yang bertali leher itu dengan bercekak pinggang.

***

“Nama saya Muhammad. Muhammad bin Abdullah. Saya adalah Tuan Presiden, begitu?”


Kesemua ahli-ahli Front Islam yang berjumlah satu ribu orang yang berhimpun di dalam Dewan Perniagaan Front Islam mengangguk-anggukkan kepala, bersetuju.


Han, tetamu yang bertopi hat yang pernah mengunjungi Muhammad suatu ketika dahulu menunjukkan Muhammad sebuah kerusi dengan ibu jarinya. Muhammad ikut sahaja, dalam hati, Muhammad mendengus. Hin, tetamu yang bertali leher yang kelihatan budiman (Agak licik sebenarnya.) ada memesan semalam supaya sentiasa bertenang.


Hin tidak dapat datang, Han berkata setelah diam yang agak lama.


Muhammad mengangguk-angguk sahaja.


Press conference.


“Apa yang Tuan akan lakukan terhadap pembunuh bekas Tuan Presiden sekiranya dia dijumpai dan ditangkap?”


“Kamu nak suruh saya buat apa?”


Muhammad terlebih bertenang hingga bertanya semula kepada wartawan yang bertanya.


“Biarkan mahkamah yang mengadilinya. Bukankah negara kita sudah ada mahkamah? Apa kamu tidak percaya pada mahkamah? Saya ada banyak kerja lagi yang perlu dibereskan.”


Bulan berganti bulan berganti bulan berganti bulan.

Beberapa hari kemudiannya.


Han mahukan hak kepada bangsanya. Hin cuma mendiamkan sahaja, tetapi Muhammad yakin, Hin juga ada sesuatu yang dihajati. Han dan Hin, adik beradik yang ada sengketa dalaman, tetap bersapa mesra apabila berada di luar. Han dan Hin tidak boleh menjadi presiden sekarang di tengah-tengah bangsa mereka masih minoriti.


Muhammad membawa kereta Tuan Presiden pulang petang itu. Muhammad duduk diam agak lama dalam garaj hingga tingkap cermin kereta hadapan diketuk oleh pembantu perempuan Tuan Presiden yang berumur tua.


Tingkap kereta perlahan-lahan dibuka. Muhammad kelihatan letih. Urusan Front Islam masih berterabur, fail-fail jenayah organisasi sekular masih belum selesai dibongkar, penyiasatan pembunuhan Tuan Presiden yang masih ada beberapa keraguan, dan sekarang, apa?


“Apa?” Nada suara Muhammad agak tegang, keras, tinggi dan meninggi.


Pembantu perempuan Tuan Presiden yang berumur tua berkerut seribu.


“Han dan Hin datang tadi, baru beredar sebelum tengahari.” Pembantu perempuan Tuan Presiden yang berumur tua berlalu pergi.”


Muhammad terkesan, argh, tension di tempat kerja aku bawa balik untuk bagi pada dia? Apa kena aku ini?


Malam itu selesai mencuci tangan di singki selepas makan malam selepas duduk di beranda rumah selepas digigit beberapa ekor nyamuk belang hitam putih, Muhammad pergi cari pembantu perempuan Tuan Presiden yang berumur tua dan meminta maaf.


Esoknya di tempat kerja, Han, Hin dan Muhammad duduk mengelilingi meja antik bulat made in Belanda. Hin berdiri buka TV. Han pandang jam berbentuk kotak yang tergantung atas TV, Muhammad buat tak reti.


“Kami menuntut Tuan Presiden yang baru dilantik agar segera mengambil tindakan terhadap suspek yang terlibat dalam pembunuhan Tuan Presiden yang lama.”


Muhammad menghirup sup yang dipesan hingga licin tanpa memperdulikan apa yang ditayangkan di kaca TV. Hin datang dekat menepuk bahu kiri Muhammad. Muhammad mengerutkan kening, apa?


“Ekonomi bangsa kami masih diganggu-gugat, bila agaknya boleh diselesaikan perkara ini?”


Muhammad melap mulut dengan tisu setelah meletakkan mangkuk di atas meja. “Jadi, atas tujuan itu, aku diiya-iyakan menjadi Tuan Presiden yang baru?”


Terbeliak mata Hin. Muhammad pandang mata Han. Han tidak berganjak, Muhammad tidak beralih hingga telefon genggam Muhammad berbunyi beep, ada mesej masuk dalam peti inbox.


Muhammad bergegas beredar selepas mencapai kot yang tersidai di atas kerusi meninggalkan Han yang kemudian terpinga-pinga.


Muhammad sampai ke rumah akibat mesej berbunyi beep tadi. Kereta berhenti, Muhammad keluar. Pembantu perempuan Tuan Presiden yang berumur tua sudah berada di luar. Kelihatan dari jauh pembantu perempuan Tuan Presiden yang berumur tua, terketar-ketar.


“Kau apa khabar?” Muhammad sudah tercangak di hadapan pembantu perempuan Tuan Presiden yang berumur tua. “Kau sendiri masuk ke dalam.” Suara pembantu perempuan bekas Tuan Presiden berumur tua itu sebak bergaul dengan keras dan ketar. Muhammad termenung sekejap dan kemudian masuk ke dalam rumah.


Ah-ah-ah, Muhammad terkejut besar. Kusyen, sofa, set TV, almari, ruang tamu, karpet baru telah bersimbah dengan darah.


“Tak pasti darah apa.” Muhammad memberitahu pegawai polis yang datang menyiasat.


Hin dan Han cuma senyum yang memualkan apabila Muhammad berjumpa dengan mereka di pejabat. Muhammad masih buat tidak reti. Selesaikan satu-satu, itu kata-kata yang keluar dari mulut seorang pembantu perempuan berumur tua.


Kes pembunuhan bekas Tuan Presiden telah selesai. Sanak saudara kaum kerabat bekas Tuan Presiden bergembira apabila hukuman yang setimpal dikenakan.


Hin dan Han kelihatan masam seperti wajah orang yang makan mempelam masam sahaja apabila Muhammad yang asyik membuat tidak reti dan peduli pada mereka berdua kelihatan ceria selalu.


Malam datang, purnama muncul. Bunyi dong-dong-dong, loceng pintu rumah Muhammad berbunyi.


Pembantu perempuan Tuan Presiden berumur tua turun lebih dahulu ke muka pintu manakala Muhammad baru menuruni anak tangga.


Ahh! Jerit pembantu perempuan Tuan Presiden yang berumur tua kemudian pembantu perempuan Tuan Presiden yang berumur tua itu jatuh rebah, pengsan.


Muhammad menapak lebih cepat. Muhammad mendapati ada sepotong jari kelingking berada di dalam kotak kecil yang telah dibuka penutupnya.berbaldu merah. Muhammad pegang jari kelingking itu, jari kelingking itu masih hangat.


Sebaik selesai menghantar pembantu perempuan Tuan Presiden yang berumur tua ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, Muhammad pulang setelah dinasihati doktor. “Pulanglah. Rehat dahulu di rumah, Tuan Presiden. Esok, datanglah.”


Dalam perjalanan pulang yang kelam, Muhammad perasan dia diekori. Telefon genggam digenggamnya, Muhammad memesej pasukan polis peronda supaya segera datang ke lebuhraya sekian-sekian.


Muhammad berhentikan kereta. Kereta Muhammad lantas dikepung berbagai-bagai kereta berwarna hitam. Muhammad pergi ke bonet kereta mengambil sebatang kayu besbol. Muhammad bersiap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan. Pistol? Tiada. Mereka bersenjata api? Biarkan, sekurang-kurangnya aku tetap mempertahankan diri aku dengan apa yang aku ada.


Seorang yang bertopeng melompat dari keramaian mereka, apabila orang yang bertopeng ini bersuara, Muhammad kenal suaranya.


“Hin, sebelumnya aku tak mahu terlibat dengan urusan pemerintahan front ini. Kau cuma mencemarkan sahaja. Namun kau dengan Han memaksa aku untuk menjadi puppet atau boneka kau. Kau pergunakan kelemahan yang aku ada untuk mencapai cita-cita kau. Kau tahu, bila kau buat begitu, apa yang aku buat? Aku guna kelemahan aku untuk menyelamatkan keadaan. Allah telah letak aku di tempat ini, takkan aku nak lari?”


Siren-siren kereta polis kedengaran di telinga.


Muhammad mengacukan kayu besbol ke muka Hin yang masih lagi bertopeng, “aku tak akan jadi boneka sesiapa, sama ada aku dipecat atau biarkan aku terus memerintah. Boneka? Tidak sama sekali.”

Sunday, February 22, 2009

Dunia Baru Islam

By: FIKRAH MASSA

Persiapan menghadapi Dunia Baru Islam hendaklah dikemaskinikan.

1)Barisan yang dipercayai hendaklah diletakkan di hadapan.

2)Barisan yang patuh dan setia diberi arahan.

3)Barisan yang diragui diawasi gerak-geri mereka.

Umat Islam sedang berhadapan dengan DUNIA BARU ISLAM. Islam yang diselimuti bida’ah dan khurafat akan dihapus dari pegangan umat. Islam yang didokong oleh mujahid yang bersedia mengorbankan semua milik peribadi demi tertegaknya kalimah Allah yang maha tinggi akan muncul di tengah ummah.

Dewasa ini umat Islam telah mengharungi berbagai pengalaman yang gembira dan dukacita, manakala barisan-barisan pejuang Islam pula menempuh berbagai mehnah atau ujian dari Allah dan dari manusia. Dari itu dapatlah dikenali siapa yang tabah menghadapi ujian, siapa yang sabar menghadapi ujian dan siapa yang redho menghadapi ujian.

Allah, Rasul dan orang mukmin menilai semua sikap mereka. Bagi kita yang melihat pejuang-pejuang Islam yang bermati-matian berjuang ada hak pula untuk menilai mereka dari kacamata kita sendiri. Para pejuang itulah nanti yang akan menerajui DUNIA BARU ISLAM.

Ada di antaranya akan jadi pemimpin. Ada di antaranya akan menjadi pelaksana yang patuh dengan segala perintah yang diarahkan. Ada pula yang mesti diawasi selalu supaya jangan tergelincir dari landasan perjuangan.

(1) Barisan pemimpin adalah barisan yang paling hadapan. Mereka berada di hadapan umat sebagai imam. Mereka dipercayai kerana siddiqnya mereka dalam perjuangan. Mereka dapat mencapai darjat itu dengan sebab telah menempuh mehnah-mehnah besar dalam perjuangan.

(2) Walaupun besar ujian yang mencabar pendirian dan pegangan, mengancam nyawa dan ketenteraman hidup namun mereka tabah hati menghadapi segala-galanya dengan tenang. Mereka berpegang kepada peringatan Allah:

“Fasbir kama sobaro ulul azmi minarrusuli”.

Maksudnya: Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari kalangan Rasul-rasul yang telah benar-benar bersabar .

(Ayat 35: Surah 46 Al Ahqaaf: Juz 26)

Banyak orang yang petah berbicara, pidato berapi-api tetapi tidak mempunyai pegangan yang kukuh, mereka hanya seperti gendang-gendang kosong yang terdiri dari belulang dan sebatang kayu yang dilubangkan. Kita sebagai pengikut jangan mudah ditipu oleh gendang-gendang kosong ini.

Kenalilah orang yang hendak kita ikuti itu dari sejarah hidup mereka. Jangan kenali mereka dari lidah mereka yang tidak bertulang.

Seseorang dipercayai kerana kejujurannya. Mengenali jujurnya seseorang bukan dapat dikenali hanya dari ucapannya, dari tulisannya, dari berita yang sampai kepada kita sahaja. Kejujuran seseorang dikenali dari persahabatan kita dengannya dan dengan orang-orang yang bersahabat rapat dengannya.

Setiap orang cermin bagi sahabatnya. Untuk mengenali seorang yang akan kita pilih menjadi imam atau pemimpin kita maka kenalilah sahabat-sahabat di keliling pinggangnya. Jangan hanya sekadar bertemu di majlis-majlis atau pertemuan-pertemuan rasmi itu, tidak memadai.

Kita sering tertipu dengan dengan mereka yang dianggap pemimpin. Sedangkan pada hakikatnya kalau kita bersahabat barang sehari dua sahaja dengan mereka kita akan dapat member beberapa tunjuk ajar kepada mereka. Mereka bukan pemimpin, mereka yang harus dipimpin.

Kadang-kadang kesalahan yang mereka lakukan terang-terang di dalam dosa-dosa besar. Bagaimanakah kita boleh ditipu sedemikian rupa? Sedangkan yang kita ingin ialah Islam yang murni, jangan sampai jatuh lopak dua kali. Cukuplah pengalaman dahulu mengajar kita agar mengenali siapa intan siapa kaca.

Pemimpin agama hendaklah berwibawa. Wibawa sebagai pemimpin agama bukan sebagai pemimpin politik, bukan pemimpin ekonomi, bukan pemimpin kesatuan sekerja.

Pemimpin agama hendaklah terdiri daripada orang yang punya nur iman yang memancar terserlah pada anggota lahirnya menjadi amalan hidup hariannya. Tindak tanduknya sama dengan hukum-hukum Allah di dalam Al-Quran. Dialah Al-Quran hidup, dialah lambang warisan Nabi-nabi.

Kalau tidak ada itu semua pada dirinya, dia bukan pemimpin agama. Tetapi dia maling yang berpura-pura menjadi imam. Setelah malam semakin tua maka ia mula membuat angkara.

Pemimpin agama yang sejati, yang benar-benar tulin. Tidur baringnya menjadi contoh. Makan minumnya menjadi contoh. Gurau sendanya menjadi contoh. Cakap dan petuanya menjadi ikutan. Pegangannya kukuh, tabahnya bukan kepalang.

Segala petua sesuai dengan Al-Quran segala tindak tanduknya sesuai dengan Sunnah. Segala cakapnya tidak berdolak-dalik. Pemaafnya bukan main. Nasihatnya benar-benar berkesan. Kasih sayang kepada pengikutnya seperti kasih kepada dirinya dan anak isterinya.

Ia membawa umat mencari kebahagian abadi bukan memburu kebahagiaan sementara. Jujurnya ketara sekali. Bersahabat dengannya menyenangkan hati. Barangsiapa yang meminta pertolongan daripadanya tidak mengecewakan.

Tawadhuknya bukan hanya kepada orang yang dekat dengannya. Tetapi juga dengan orang yang jauh daripadanya. Pandangannya, pandangan yang jauh kehadapan, untuk keselamatan abadi. Kebenciannya hanya kepada kejahatan dan apa yang dibenci Rasul dan dibenci Tuhan.

Padanya yang haram haramlah yang halal halallah, yang makruh tetap makruh dan yang mubah tetap mubah. Adakalanya berubah dari hukum itu kepada hukum yang lain.

Hubungan kuat dengan Allah dan kuat dengan manusia. Tidak mahu ia memutuskan silaturrahim. Yang ia mahu ialah ukhuwah dan mahabbah. Pemurahnya bagai daun berguguran. Akhlanya indah bak bunga mekar di taman. Harum namanya kerana taqwanya bukan kerana dibesar-besarkan di mass media.

Inilah sebahagian kecil daripada sifat-sifat yang patut ada pada barisan hadapan yang menjadi pemimpin bagi umat Islam yang akan membangun DUNIA BARU ISLAM.

Jika ada orang seumpama ini maka berdosalah anda sekiranya anda memilih orang lain sebagai imam. Jika tidak ada maka pilihlah orang yang mendekati sifat-sifat yang tersebut tadi sebagai pemimpin.

Hendaklah kita ingat akan pertengkaran ahli neraka ketika mereka menyalahkan pemimpin yang menyebabkan mereka masuk neraka.

(Ayat 166-167: Surah 2 Al Baqoroh: Juz 2)

Bukanlah pemimpin Islam itu pasti ke syurga tetapi pemimpin kafir sudah pasti ke neraka. Mereka yang digambarkan di atas tadilah yang berhak menjadi barisan hadapan umat ini. Merekalah golongan yang dipercayai oleh kita.


(2) Allah tidak menjadikan semua orang punya jiwa yang kuat, yang mampu memimpin umat dengan dengan bermacam-macam karenah. Sebahagian besar daripadanya Allah jadikan mereka itu patuh kepada arahan-arahan yang bersifat makruf atau baik dan tidak setuju dengan arahan-arahan yang mungkar.

Mereka ini adalah orang-orang yang Allah jadikan hatinya ingin melihat syiar Islam terserlah di muka bumi Tuhan ini. Mereka bersedia melaksanakan perintah-perintah yang datang dari hukum hakam Allah itu.

Selama ini mereka makan hati kerana terpaksa melaksanakan arahan-arahan yang mungkar. Pedih hatinya bukan main tetapi apa boleh buat. Pada mereka sekiranya ada peluang menerima arahan yang bersifat bersih dari mungkar, berebu-rebutlah mereka melaksanakannya seperti orang yang berebut-rebut tawaf di Kaabah.

Pada hakikatnya golongan ini sudah semakin bertambah besar di tengah masyarakat Islam. Mereka hanya menanti-nantikan siapa di antara pemimpin dunia Islam yang betul-betul berani melaksanakan hukum hakam Allah.

Kerinduan mereka kepada pemimpin seumpama ini sudah sangat menebal. Sehingga telah menjadi buah mulut. Mereka perkatakan hal ini di mana-mana. Di pejabat, di tempat kerja, di dalam kenderaan, di tempat-tempat berehat, dalam mesyuarat, di majlis-majlis diskusi dan di mana-mana sahaja.

Hatta di padang golf. Sebenarnya dalam banyak hal golongan ini telah banyak melakukan sabotaj terhadap arahan-arahan mungkar. Mereka telah berjaya menggagalkan beberapa banyak arahan yang bercanggah dengan syariat. Sekurang-kurangnya mereka menggagalkan sebahagian daripada rancangan-rancangan itu.

Kepatuhan mereka kepada syariat bukan paksaan daripada sesiapa. Tetapi kepatuhan mereka adalah kerana keinsafan dan kesedaran mereka sendiri. Demikian juga benci mereka kepada mungkar adalah kerana keinsafan dan kesedaran mereka sendiri.

Pengajian-pengajian agama yang bertaburan di merata-rata, telah membuka mata hati mereka. Hidayah dari Allah telah mencurah-curah kepada mereka. Mereka laksana Ansar di Madinah. Mereka membantu agama dari hati mereka sendiri. Kesanggupan berkorban mereka sungguh mengagumkan.

Di tangan merekalah hukum hakam Islam akan dilaksanakan. Mereka adalah laksana tangan dan kaki bagi jasad. Mereka yang bergerak cergas membawa Islam ke sana ke mari supaya berkembang luas.

Oleh kerana mereka golongan yang patuh kepada arahan maka pemimpin Islam atau imam ummah hendaklah menghubungi mereka untuk memberi arahan yang nanti akan mereka laksanakan di mana sahaja mereka berada sepanjang waktu.

Perintah-perintah agama ini apabila turun dari pemimpin kepada orang yang patuh seumpama ini ia akan berjalan dengan cepat, mereka akan berkata sami’na waato’na dan terus laksanakan perintah.


(3)
Setelah menempuh ujian dan pengalaman dalam perjuangan kita dapat menilai pula mana golongan yang diragui kejujuran dan ketaatannya.

Mereka adalah golongan yang mahu Islam berdaulat, mahu syiar Islam berkembang tetapi mereka golongan hamba Allah yang tidak dapat menundukkan nafsu jahatnya walaupun mereka mujahadah bersungguh-sungguh, sesekali nafsu jahat itu memberontak juga, oleh sebab itu golongan ini sering tergelincir, kadang melanggar syariat.

Dengan sebab perbuatan mereka maka sering terjadi jamaah-jamaah Islam dikecam. Apa yang mereka lakukan laksana nila setitik rosaklah susu sebelanga. Sebahagian daripada mereka terdiri daripada orang yang mementingkan diri mereka sendiri tetapi kepentingan itu dikaut dari Islam.

Contohnya mereka berniaga atas nama Islam tetapi diurus dengan sistem riba’. Mereka mengurus urusan haji banyak orang tergendala dibuatnya. Mereka solat jenazah tetapi menuntut upah dari keluarga si mati. Mereka selewengkan wang zakat dan baitulmal. Mereka guna jenama Islam pada barang-barang yang syubahat.

Golongan ini hendaklah diawasi gerak langkahnya, mata masyarakat hendaklah celik melihat gelagat mereka, telinga masyarakat hendaklah peka mendengar perkhabaran dari mereka, hati-hati terhadap mereka, jangan sampai umat Islam yang jujur tertipu oleh makar mereka.

Pemimpin-pemimpin Islam yang siddiqin hendaklah berani bertindak ke atas golongan ini, jika diketahui dengan pasti mereka melakukan penyelewengan. Hendaklah tidak teragak-agak bertindak memberi ta’zir, tarbiyyah dan tazkirah keras.

Mereka sebenarnya mahu Islam berdaulat. Mereka tidak mahu bendera kuffar berkibar megah. Tetapi sayangnya mereka kalah oleh hawa nafsu. Kita telah pun banyak pengalaman dan sering terperangkap dengan tipuan-tipuan. Oleh itu hendaklah berhati-hati supaya jangan jatuh lubang dua kali.

Kerana berjaya mengawal golongan ini maka Khulafa Urrasyiddin berjaya menegakkan syiar Allah dan mendaulatkan ahkamullah dan berjaya menyatukan kekuatan ummah.

Sekiranya kita berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa pemimpin Islam yang layak memimpin ummah telah wujud dan dapat memberi arahan-arahan yang dipatuhi oleh golongan yang taat dan dapat pula mengawasi golongan yang sering tunduk kepada hawa nafsu maka jemaah Islam akan semakin dihormati, disegani dan akhirnya akan diikuti orang.

Ketika itu akan muncul wajah-wajah baru di dalam barisan Islam di mana mereka lebih berkemampuan daripada barisan lama. Inilah yang terjadi ketika orang seperti Amru Ibnu Al-As dan Khalid Ibnu Walid masuk Islam.

Mereka memeluk Islam setelah melihat Islam berjaya. Rasul berjaya memimpin para sahabat. Perintahya dipatuhi, orang-orang yang degil diasuh sehingga menjadi benar-benar taat. Mereka memeluk agama Islam sedangkan pada diri mereka telah ada kemampuan dan keterampilan.

Maka merekalah yang di tonjol menjadi pemimpin tentera dan masyarakat. Peristiwa ini akan terus berulang dalam sejarah. Inilah juga yang akan berlaku masa kini sekiranya umat Islam dapat mengemaskinikan barisan-barisan perjuangan yang didokongnya.


KESIMPULAN

Apabila pemimpin terdiri daripada orang-orang yang bertaqwa dan pentadbir terdiri daripada orang-orang soleh maka rakyat akan dapat barokah.

“Lauana ahlalquro amanu wattakau lafatahna alaihim barokatim minassamai walard”.

(Ayat 96: Surah 7 Al A’raaf: Juz 9)