Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Tuesday, February 17, 2009

ADAB DAN KESUNGGUHAN DALAM MENUNTUT ILMU

Posted on 12:27 AM by B.M.

Islam amat menitikberatkan keperluan menuntut ilmu.Ini dapat dilihat seperti mana yang telah disabdakan oleh nabi S.A.W dalam hadis,mafhumnya “ menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim”. Kepentingan ilmu juga ada dinyatakan Rasulullah didalam hadisnya yang masyhur,mafhumnya “barangsiapa yang berkehendakkan dunia hendaklah dengan ilmu,barangsiapa yang hendakkan akhirat hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang berkehendakkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu.”Allah S.W.T juga mengiktiraf dan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu dikalangan para hamba-Nya. Allah berfirman di dalam Al-quran :


يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين اوتوالعلم درجات

Maksudnya, “Allah mengangkat orang yang beriman dikalangan kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat”


Jesteru,dalam jalan untuk menuntut ilmu ini umat Islam perlulah menunjukkan kesungguhan seperti mana generasi umat islam terdahulu yang cukup dikagumi kerana keilmuan mereka.Lihat saja kepada nama-nama seperti Ibn Sina , Al-Khawarizmi dan yang lainnya,teori serta penemuan mereka masih diguna pakai sehingga ke hari ini serta menjadi rujukan yang cukup penting bukan sahaja kepada umat Islam malah juga seluruh umat manusia.

Islam juga amat mementingkan adab-adab dalam menuntut ilmu.Adab-adab ini adalah penting untuk diikuti bagi mendapatkan keredhaan Allah serta keberkatan-Nya ke atas ilmu yang diperolehi. Sebagai panduan Imam Al-Ghazali r.a di dalam kitabnya Bidayatul Hidayah telah menggariskan beberapa adab yang perlu dipraktikkan oleh para penuntut ilmu terhadap gurunya. Antaranya :

  1. Apabila berjumpa dengan gurunya hendaklah ia mendahulukan memberi salam.
  2. Jangan membanyakkan percakapan di hadapan gurunya.
  3. Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
  4. Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum meminta izin berbuat demikian
  5. Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tak puas hati) terhadap perkataan gurunya.
  6. Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.
  7. Jangan ia berbisik dengan rakannya @ menoleh ke kiri dan ke kanan semasa gurunya sedang mengajar.
  8. Jangan ia bertanya kepada gurunya sedangkan gurunya dalam keadaan letih
  9. Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.

Antara adab dalam majlis ilmu pula ialah :

  1. Berwudhu’
  2. Duduk dalam keadaan seperti tahiyyat awal jika mampu (majlis di masjid @ surau)
  3. Duduk rapat-rapat supaya syaitan tidak dapat mencelah. Para sahabat apabila berada dimajlis Rasulullah,mereka duduk rapat-rapat sehinggakan daun-daun yang berguguran tidak jatuh ke tanah bahkan jatuh diatas bahu dan riba mereka.
  4. Jika terlewat menghadiri majlis ilmu di masjid,tidak perlu solat tahiyyatul masjid,cukup sekadar menggantikannya dengan berzikir 3 kali. Dan jangan mengganggu perjalanan majlis seperti bersalaman dengan para pendengar lain
  5. Jika disebut tentang nikmat syurga hendaklah kita berasa gembira dan berdoa supaya ditempatkan bersama-sama penghuni syurga. Jika disebut tentang neraka pula hendaklah kita merasa takut dengan azab Allah yang amat berat itu dan menangislah mengenangkan dosa-dosa yang kita lakukan,kalau tidak boleh pun,cuba paksa.
  6. Jika disebut nama Allah,maka sambutlah dengan Azzawajalla,jika disebut nama Rasulullah,maka berselawatlah ke atas baginda. Jika disebut nama para sahabat sambut dengan Radhiallah ‘anhum,dan jika disebut nama para ulama @ imam-imam yang muktabar sambutlah dengan Rahimahullah alaih.

Begitu lah serba sedikit adab-adab yang telah diajarkan oleh islam kepada penuntut-penuntut ilmu. Semoga ilmu yang kita peroleh itu mendapat keredhaan Allah serta keberkatan-Nya.

No Response to "ADAB DAN KESUNGGUHAN DALAM MENUNTUT ILMU"

Leave A Reply