Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Monday, February 9, 2009

Silat ? Adakah Boleh Dipelajari?

Posted on 11:25 AM by Admin


Penulis masih ingat lagi ketika mana diwaktu bangku sekolah diei ini telah dipelawa untuk menyertai salah satu persatuan seni silat. Namun tidak sampai sebulan tidak tahu di mana silapnya hati penulis tidak dapat menghayati silat tersebut. Sebanyak dua kali jenis silat sudah dipelajari namun tiada satu pun berjaya menarik minat penulis. Ketika mana pada tahun 2004 penulis diajak oleh seorang ustaz untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri. Pada mulanya ajakan tersebut sedikit pun langsung tidak menarik minat. Namun setelah melihat demonstrasi yang dipamerkan aksi oleh tenaga pengajar, hati penulis tiba-tiba terbuka. Dengan langkah yang pertama penulis mula mempelajari sehingga tahun 2005 penulis terpaksa berhenti belajar silat atas faktor tertentu. Dengan minat yang mendalam terhadap Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi ini, pada tahun 2006 penulis menyambung semula seni warisan ini dan akhirnya telah berjaya menamatkan silat ini pada pertengahan 2008. Tetapi perlu diingat sekali kita melangkah pasti sukar berundur. Masih segar lagi diingatan penulis seorang pelajar semester 1 datang untuk berjumpa dengan penulis. Ketika itu penulis sedang dalam kumpulan tadarus Al-Quran di masjid.


Pelajar tersebut memulakan bicara dengan tersusun. Namun segala tutur bicaranya benar-benar penulis terkejut. Biar penulis menamakan pelajar tersebut sebagai Rizal (bukan nama sebenar). Rizal tidak dapat meneruskan pembacaan Al-Quran dalam kumpulan bersama penulis. Menurut katanya Rizal berasa terlalu panas apabila ayat-ayat Al-Quran dibacakan berhampiran dengan beliau. Rupa-rupanya setelah dapat diselidik Rizal merupakan salah seorang pengamal ilmu persilatan yang mengamalkan ilmu hitam. Sudah jauh terpesong sehingga mensyirikkan Allah s.w.t. Inilah akibat kesannya apabila kita terlalu taksub dengan ilmu mempertahankan diri sehingga bercanggah dengan akidah Islam. Apabila kita mensyirikkan Allah, ia adalah salah satu tujuh dosa besar yang mana Allah s.w.t. ada berfirman di dalam Al-Quran :

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. (116 : 4)

Bayangkanlah Allah s.w.t. tidak mengampunkan dosa bagi yang mensyirikkannya. Itu adalah urusan Allah dengan hamba-Nya. Namun apa yang penulis boleh katakan pada Rizal, bertaubatlah dan kembali ke jalan yang lurus. Namun perbualan tersebut terhenti begitu sahaja kerana penulis terpaksa meneruskan pembacaan Al-Quran dalam kumpulan. Namun dia ada berkata sedang dalam pemulihan dengan dibantu oleh seorang sahabatnya.

Ramai yang masih ragu-ragu dengan “apakah hukum mempelajari ilmu seni mempertahankan diri.” Penulis merasakan pertanyaan ini seringkali dijawab dengan jawapan-jawapan yang sambil lewa dan tidak mengambil berat dalam pengambilan pandangan-pandangan dalam kalangan ulama’ muktabar. Seringkali, menjawab pertanyaan ini dengan berkata, “boleh, tidak ada masalah. Sebab kita wajib mempertahankan diri.” Memang benar jawapan ini, tetapi mengapa kita tidak membesarkan mata kita terhadap seni mempertahankan diri yang tidak selari dengan tuntutan syariat? Misalnya, harus tunduk sembah kepada gambar tok guru yang sudah mati. Tunduk sembah kepada matahari, dan pengambilan bahan-bahan yang diharamkan dalam Islam serta mengamalkan petua-petua yang secara jelas mengingkari akidah Islamiah. Selain itu, ada juga seni mempertahankan diri, membutakan penglihatan-penglihatan para pelajarnya dengan mempamerkan sesuatu yang diluar batas kemampuan manusia. Adakah pertunjukkan ini mahu mengambarkan pembuatnya itu adalah wali? Sedangkan sesuatu karamah atau maunah, bukanlah boleh didatangkan dengan kehendak manusia itu. Tetapi karamah atau maunah, didatangkan atas keizinan Allah dan kehendak-Nya. Selain daripada(maunah dan karamah) itu, semuanya adalah istidraj. Masih ingat lagi dengan Istidraj yang pernah penulis huraikan sebelum ini? Jika sudah lupa boleh rujuk kembali artikel-artikel sebelum ini. Istidraj iaitu sesuatu yang diberikan kurniaan semata-mata untuk menjerumuskan manusia terus ke dalam kesesatan.

Menurut Imam Yusuf al-Qardhawi di dalam Kitab Feqh Al-Lahwi wa At-Tarwih karya Imam Yusuf al-Qardhawi., “belajar seni mempertahankan diri adalah dibenarkan bagi mereka yang mampu. Kadangkala ia menjadi wajib bagi seseorang. Khususnya bagi mereka yang diancam dengan serangan fizikal. Dengan mempelajari ilmu bela diri, seseorang akan memliki bekal untuk menangkis serangan serta mematahkan usaha lawannya. Pandangan ini sesuai dengan kaedah syariat yang menyebutkannya, “Hal yang menjadi syarat bagi terjadinya sesuatu yang wajib, maka hukumnya menjadi wajib pula.”

Kesimpulannya, seni mempertahankan diri atau seni bela diri tidak kiralah sama ada silat, taekwando, aikido dan lain-lain, haruslah bersih daripada perbuatan yang menyalahi syariat serta tidak mendatangkan bahaya kepada pengamalnya iaitu fizikal dan mental. Penulis juga ingin berkongsi ilmu dengan kalian. Di sini penulis sertakan satu panduan yang para pembaca boleh membuat rujukan tentang garis panduan Silat menurut Islam. Sila klik di sini.

http://www.putera-2008.blogspot.com

No Response to "Silat ? Adakah Boleh Dipelajari?"

Leave A Reply